E-Kelas Bahasa Inggeris 12 April 2019

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas Bahasa Inggeris diteruskan pada 12 April 2019. Pada minggu ini mereka diberi tugasan secara berkumpulan. Mereka dikehendaki membuat Drama Bahasa Inggeris dengan merujuk di dalam dokumen yang bertajuk ‘Maxis E-Kelas Inggeris drama Guidelines 2019’. Tujuan program adalah untuk memupuk pelajar cara untuk menjiwai watak dan menggunakan costume yang sesuai mengikut cerita yang telah diberikan oleh cikgu. Para pelajar sangat teruja serta bersemangat untuk menyelesaikan tugasan masing-masing. Mereka dikehendaki mengepost video video tersebut di portal ekelas masing masing.

Kelas dihadiri oleh 10 orang pelajar , tahun 6 hingga Tingkatan 2 . Untuk pelajar lelaki 6 orang dan untuk pelajar perempuan 4 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali